Perbahasan Dari Segi Lughah ( Bahasa )
Tarawih merupakan jamak pada kata tarwihah yang bermaksud istirahat. Ibnu Manzhur berkata “Dinamakan demikian karana beristirahat para jamaah setiap empat rakaat di antara dua kali salam, dikatatan sekali istirahat”. Dari taarif ini menerangkan bahawa solat tarawih itu lebih rakaatnya dari delapan, karana istilah tarwihah adalah empat rakat yang pertama. Jika dua kali tarwihah ( istirahat ) menjadikan shalat tersebut hanya delapan rakaat saja, serta tidak sampai maksud jamak pada kalimah Tarawih, karana di dalam kaedah bahasa arab jamak itu sesuatu yang lebih dari tiga dan keatas.
Kesimpulannya jumlah yang benar untuk Shalat Tarawih ialah 20 rakaat.
Pendapat ini adalah mu’tamad bagi seluruh mazhab yang empat, iaitu
Al-Hanafiah, Al-Malikiyyah, As-Syafieyyah, dan Al-Hanabilah. Di sana
juga ada pendapat daripada Al-Malikiyyah yang menyatakan bahawa Shalat
Tarawih ini adalah 36 rakaat, tetapi pendapat ini tidak masyhur.
Di sini juga dapat disimpulkan bahwa pendapat yang menyatakan Shalat
Tarawih ini hanya delapan rakaat saja, baru muncul jauh setelah
berlalunya generasi salaf. Perbedaan pendapat ini berlaku karena
pemahaman mereka yang salah terhadap sunnah nabi S.A.W serta tidak mampu
menggabungkan di antara hadis-hadis Rasulullah S.A.W, dan mereka juga
tidak mengerti bagaimana cara menyatukan antara hadis Rasulullah S.A.W
serta perkataan dan perbuatan para sahabat jika terjadi perbedaan.
Pendapat Ulama Beserta Dalil
Mazhab Syafi’i (Syafi’iyyah) mengistinbatkan bilangan rakaatnya seperti berikut:
1) Disebutkan di dalam Mukhtashar Al-Muzani:
أَنَّ اْلإِمَامَ الشَّافِعِيَّ رحمه الله قَالَ: رَأَيْتُهُمْ
بِالْمَدِينَةِ يَقُومُونَ بِتِسْعٍ وَثَلاَثِينَ وَأَحَبَّ إِلَيَّ
عِشْرُونَ لأَنَّهُ رُوِيَ عَنْ عُمَرَ وَكَذَلِكَ بِمَكَّةَ يَقُومُونَ
عِشْرِينَ رَكْعَةً يُوتِرُونَ بِثَلاَثٍ.
“Sesungguhnya Imam Syafi’i berkata: Aku telah melihat mereka di Madinah
mendirikan (Shalat Tarawih) dengan 39 rakaat, dan aku menyukai 20 rakaat
karena telah diriwayatkan dari Sayyidina Umar. Dan begitu juga di
Makkah, mereka mendirikan 20 rakaat dan mengerjakan Witir dengan 3
rakaat.”
2) Imam Nawawi berkata di dalam Syarh al-Muhazzab:
صَلاَةُ التَّرَاوِيحِ مِنَ النَّوَافِلِ الْمُؤَكَّدَةِ كَمَا دَلَّتْ
عَلَى ذَلِكَ اْلأَحَادِيثُ الشَّرِيفَةُ الْمُتَقَدِّمَةُ وَهِيَ
عِشْرُونَ رَكْعَةً مِنْ غَيْرِ صَلاَةِ الْوِتْرِ، وَمَعَ الْوِتْرِ
تُصْبِحُ ثَلاَثًا وَعِشْرِينَ رَكْعَةً … عَلَى ذَلِكَ مَضَتِ السُّنَّةُ
وَاتَّفَقَتِ اْلأُمَّةُ، سَلَفًا وَخَلَفًا مِنْ عَهْدِ الْخَلِيفَةِ
الرَّاشِدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رضي الله عنه وأرضاه – إِلىَ
زَمَانِنَا هَذَا … لَمْ يُخَالِفْ فِي ذَلِكَ فَقِيهٌ مِنَ اْلاَئِمَّةِ
اْلأَرْبعَةِ الْمُجْتَهِدِينَ إِلاَّ مَا رُوِىَ عَنْ إِمَامِ دَارِ
الْهِجْرَةِ مَالِكٍ بْنِ أَنَسٍ رضي الله عنه اَلْقَوْلُ بِالزِّيَادَةِ
فِيهَا، إِلىَ سِتٍّ وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً…فِي الرِّوَايَةِ الثَّانِيَةِ
عَنْهُ – مُحْتَجًّا بِعَمَلِ أَهْلِ الْمَدِينَةِ فَقَدْ رُوِيَ عَن
نَافِعٍ أَنَّهُ قَالَ: أَدْرَكْتُ النَّاسَ يَقُومُونَ رَمَضَانَ بِتِسْعٍ
وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً يُوتِرُونَ مِنْهَا بِثَلاَثٍ
“Shalat Tarawih termasuk di dalam shalat Nawafil yang muakkad
sebagaimana yang ditunjukkan perkara itu oleh hadith-hadith yang mulia
yang telah disebut terdahulu. Ia adalah sebanyak dua puluh rakaat selain
dari solat Witir. (Jika) bersama Witir maka ia menjadi 23 rakaat, atas
jalan inilah berlakunya sunnah dan sepakat ummah, dari kalangan Salaf
dan Khalaf dari zaman Khulafa’ ar-Rasyidin Umar ibn Al-Khattab, semoga
Allah meridhainya dan dia meridhaiNya juga sampailah ke zaman kita ini.
Tidak ada seorang pun fuqaha dari kalangan empat imam mazhab
(Hanafiyyah, Malikiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah) membantah perkara
ini, melainkan apa yang diriwayatkan dari Imam Dar al-Hijrah, Imam Malik
bin Anas tentang pendapat yang lebih bilangannya pada solat Tarawih
kepada 36 rakaat.
Dalam riwayat kedua daripada pendapat Imam Malik, yaitu dengan hujahnya
beramal dengan amalan penduduk Madinah yaitu: Sesungguhnya diriwayatkan
dari Nafi’ sesungguhnya dia berkata: Aku mendapati orang ramai mendiri
Ramadhan (shalat Tarawih) dengan 39 rakaat dan mereka mendirikan Witir
daripadanya sebanyak 3 rakaat…”
Syaikh Muhammad Ali As-Shabuni menambah:
…أَمَّا الرِّوَايَةُ الْمَشْهُورَةُ عَنْهُ، هِيَ الَّتِي وَافَقَ فِيهَا
الْجُمْهُورُ مِنَ الْحَنَفِيَّةِ وَالشَّافِعيَّةِ وَالْحَنَابِلَةِ عَلَى
أَنَّهَا عِشْرُونَ رَكْعَةً وَعَلَى ذَلِكَ اتَّفَقَتِ الْمَذَاهِبُ
اْلأَرْبعَةُ وَتَمَّ اْلإجْمَاعُ.
“Adapun riwayat yang masyhur daripada Imam Malik, yaitulah yang
disepakati Jumhur ulama’ dari kalangan Hanafiyyah, Syafi’iyyah dan
Hanabilah atas shalat Tarawih itu 20 rakaat. (Oleh karena itu) atas
sebab perkara itulah (yaitu riwayat yang kedua ini), maka jadilah
(shalat Tarawih sebanyak 20 rakaat) adalah sepakat empat mazhab dan
lengkaplah (ia menjadi) ijma’.”
3) Imam Nawawi juga menyebutkan di dalam Al-Majmu’:
مَذْهَبُنَا أَنَّهَا عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشْرِ تَسْلِيمَاتٍ غَيْرِ
الْوِتْرِ وَذَلِكَ خَمْسُ تَرْوِيحَاتٍ وَالتَّرْوِيحَةُ أَرْبَعُ
رَكَعَاتٍ بِتَسْلِيمَتَيْنِ… وَبِهِ قَالَ أَبُو حَنِيفَةَ وَأَصْحَابُهُ
وَأَحْمَدُ وَدَاوُدُ وَغَيرُهُمْ وَنَقَلَهُ الْقَاضِيُّ عِيَاضٍ عَن
جُمْهُورِ الْعُلَمَاءِ. وَقَالَ مَالِكٌ: اَلتَّرَاوِيحُ تِسْعُ
تَرْوِيحَاتٍ وَهِيَ سِتَّةٌ وَثَلاَثِينَ رَكْعَةً غَيْرُ الْوِتْرِ
“Mazhab kami sesungguhnya Shalat Tarawih 20 rakaat dengan 10 salam
selain Witir. Jadi ada 5 kali istirahat, dan setiap sekali istirahat ada
4 rakaat dengan 2 salam. Dan mengikut juga pendapat ini (yaitu 20
rakaat) oleh Abu Hanifah dan murid-muridnya, Ahmad, Daud (azh-Zahiri)
dan selain dari mereka. Al-Qadhi ‘Iyadh juga menukilkannya dari jumhur
Ulama’. Imam Malik berkata: Shalat Tarawih ada 9 rehat iaitu 36 rakaat
selain dari Witir.”
4) Imam al-Khatib Syarbini menyebutkan:
اَلتَّرَاوِيحُ عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشَرِ تَسْلِيمَاتٍ فِي كُلِّ
لَيْلَةٍ مِن رَمَضَانَ لِمَا رَوَاهُ الْبَيْهَقِيُّ بِإِسْنَادٍ صَحِيحٍ
أَنَّهُمْ كَانُوا يَقُومُونَ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فِي
شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً.
“Dan Tarawih itu 20 rakaat dengan 10 salam setiap bulan Ramadhan.
Demikiannlah hadis Al-Baihaqi dengan sanad yang shahih bahwasanya
sahabat-sahabat Nabi S.A.W mendirikan shalat pada masa Umar bin
Al-Khattab dalam bulan Ramadhan sebanyak 20 rakaat. Dan Imam Malik
meriwayatkan di dalam Al-Muwaththo’ sebanyak 23 rakaat, tetapi Imam
Al-Baihaqi mengatakan bahwa yang tiga rakaat yang akhir ialah Sembahyang
Witir.”
5) Imam Jalal ad-Din al-Mahalli berkata:
وَرَوَى الْبَيْهَقِيُّ وَغَيْرُهُ بِاْلإِسْنَادِ الصَّحِيحِ كَمَا قَالَ
فِي شَرْحِ الْمُهَذَّبِ أَنَّهُمْ كَانُوا يَقُومُونَ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ
بْنِ الْخَطَّابِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً
“Dan Imam Al-Baihaqi dan selainnya meriwayatkan dengan sanad yang shahih
seperti yang dikatakan di dalam Syarah al-Muhazzab bahawasanya para
sahabat mendirikan shalat Tarawih pada zaman Umar bin Al-Khattab pada
bulan Ramadhan dengan dua puluh rakaat.”
6) Al-Allamah al-Imam Ar-Ramli berkata:
وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً بِعَشْرِ تَسْلِيمَاتٍ في كُلِّ لَيْلَةٍ مِن
رَمَضَانَ، لِمَا رُوِيَ أَنَّهُمْ كَانُوا يَقُومُونَ عَلَى عَهْدِ عُمَرَ
بْنِ الْخَطَّابِ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ بِعِشْرِينَ رَكْعَةً
“Dan ia (Shalat Tarawih) adalah 20 rakaat dengan 10 salam pada setiap
malam dari malam-malam bulan Ramadhan karena diriwayatkan bahawasanya
para sahabat mendirikan shalat Tarawih pada zaman Umar bin Al-Khattab
pada bulan Ramadhan dengan dua puluh rakaat.”
7) Imam Zainuddin bin Abd al-Aziz al-Malibari dalam kitab Fath al-Mu’in
menyimpulkan bahawa solat Tarawih hukumnya sunat yang jumlahnya 20
rakaat:
وَصَلاَةُ التَّرَاوِيحِ سُنَّةٌ مُؤَكَّدَةٌ وَهِيَ عِشْرُونَ رَكْعَةً
بِعَشْرِ تَسْلِيمَاتٍ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ لِخَبَرٍ (( مَن
قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاِحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِن
ذَنبِهِ )) وَيَجِبُ التَّسْلِيمُ مِن كُلِّ رَكْعَتَيْن فَلَوْ صَلَّى
أَرْبَعًا مِنْهَا بِتَسْلِيمَةٍ لَمْ تَصِحُّ.
“Shalat Tarawih hukumnya sunat, 20 rakaat dan 10 salam pada setiap malam
di bulan Ramadhan. Karena ada hadits: Barang siapa melaksanakan (shalat
Tarawih) di malam Ramadhan dengan iman dan mengharap pahala, maka
dosanya yang terdahulu diampuni. Setiap dua rakaat harus salam. Jika
sholat Tarawih 4 rakaat dengan satu kali salam maka hukumnya tidak
sah……”
8) Syaikh Abd al-Qadir ar-Rahbawi menyebutkan di dalam kitabnya As-Solah ‘ala al-Mazahib al-Arba’ah:
وَعَدَدُ رَكْعِتِهَا عِشْرُونَ رَكْعَةً. وَهَذَا الَّذِي بَيَّنَهُ
عُمَرُ بْنِ الْخَطَّابِ رضي الله بِفِعْلِهِ عِندَمَا جَمَعَ النَّاسَ
أَخِيرًا فِي الْمَسْجِدِ، وَصَلاَتِهِمْ خَلْفَ إِمَامٍ وَاحِدٍ،
وَوَافَقَهُ الصَّحَابَةُ عَلَى ذَلِكَ وَلَمْ يَكُن لَهُمْ مُخَالِفٌ
مِمَّن بَعْدَهُمْ مِنَ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ…
“Dan bilangan rakaatnya (Sholat Tarawih) 20 rakaat. Dan inilah yang
diterangkan oleh Sayyidina Umar bin Al-Khattab dengan perbuatannya
ketika mengumpulkan para sahabat akhirnya dalam masjid. Dan (menyuruh)
mereka shalat di belakang seorang imam. Para sahabat telah bersepakat
atas perbuatannya itu dan tidak ada seorangpun Khalifah yang datang
setelah mereka (setelah sahabat) yang menyalahkan mereka (Umar dan
generasi sahabat yang melakukan 20 rakaat).”[29]
9) Di dalam kitab Al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah disebutkan:
وَقَدْ ثَبَّتَ أَنَّ صَلاَةَ التَّرَاوِيحِ عِشْرُونَ رَكْعَةً سِوَى الْوِتْرِ
“Dan sesungguhnya telah tetaplah (thabit) bahawa Shalat Tarawih adalah 20 rakaat (menurut semua imam mazhab) selain Witir.
10) Disebutkan di dalam kitab Al-Hady an-Nabawi ash-Shahih fi Solah at-Tarawih karangan Syaikh Muhammad Ali al-Shabuni:
قَالَ اْلإِمَامُ التِّرْمِذِي فِي جَامِعِهِ اَلْمُسَمَّى سُنَنِ
التِّرْمِذِي: أَكْثَرَ أَهْلُ الْعِلْمِ عَلَى مَا رُويَ عَنْ عُمَرَ،
وَعَلِيٍّ وَغَيْرِهِمَا مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم:
عِشْرِينَ رَكْعَةً وَهُوَ قَوْلُ سُفْيَانَ الثَّوْرِي وَإِبْنِ
الْمُبَارَكَ وَالشَّافِعِيّ وَقَالَ الشَّافِعِي : وَهَكَذَا أَدْرَكْتُ
النَّاسَ بِمَكَّةَ يُصَلُّونَ عِشْرِينَ رَكْعَةً . أهـ.
“Al-Imam At-Tirmizi berkata di dalam kitab Jami’nya yang bernama Sunan
at-Tirmizi: Kebanyakan Ahl al-Ilm di atas pendapat seperti yang
diriwayatkan dari Sayyidina Umar, Sayyidina Ali dan selain keduanya dari
para sahabat Nabi yaitu (mendirikan shalat Tarawih sebanyak) 20 rakaat.
Ini adalah pendapat Sufyan ath-Thauri, Ibn Al-Mubarak, Syafi’i. Imam
Syafi’i berkata: Dan beginilah aku mendapati orang ramai di Makkah
mereka mendirikan (shlat Tarawih dengan ) 20 rakaat.”
Ibn Rusyd menyebut di dalam Bidayah al-Mujtahid:
اِخْتَارَ مَالِكٌ – فِي أَحَدِ قَوْلَيْهِ – وَأَبُو حَنِيفَةَ وَالشَّافِعِي وَأَحْمَدُ اَلْقِيَامُ
بِعِشْرِينَ رَكْعَةً سِوَى الْوِتْرِ.
“Imam Malik telah memilih –dalam salah satu di antara dua pendapatnya-,
juga Abu Hanifah, Syafi’i, Ahmad dengan 20 rakaat selain Witir.”
Seterusnya Syaikh Muhammad Ali As-Shabuni menyebutkan:
“Bahwa kedua Haramaian (Masjidil Haram dan Masjid Nabawi) juga
menjadi panduan dan ikutan kita dalam perkara Shalat Tarawih 20 rakaat
ini yang mana kedua-dua masjid suci ini mendirikan Shalat Tarawih dengan
20 rakaat sejak zaman dahulu lagi sehingga sekarang.”
Kesimpulan
Daripada pendapat yang mampu saya lampirkan ini, kita melihat bahwa
seluruh para ulama salaf dan khalaf telah ijma' (bersepakat) bahwa
Shalat Tarawih itu adalah 20 rakaat, dan ia adalah sunat muakkad
semata-mata tidak sampai hukumnya ke tahap wajib. Barangsiapa yang
meninggalkanya, maka hilanglah padanya ganjaran pahala yang besar
dibulan Ramadhan yang mulia ini. Permasalahan ini juga tidak serta merta
hendak menyatakan bahwa mereka yang mengerjakan shalat tarawih delapan
rakaat itu salah, tetapi ingin menerangkan bahwa Shalat Tarawih yang
sebenarnya adalah 20 rakaat, dan selain pada jumlah tersebut kurang
tepat untuk kita labelkan ia sebagai shalat tarawih yang sebenar nya
berdasarkan pendapat-pendapat ulama yang telah saya nyatakan tadi.
ﻭﺍﻟﻠﻪ ﺃﻋﻠﻢ ﺑﺎﻟﺼﻮﺍﺏ
Tidak ada komentar:
Posting Komentar